gambar ahli pgsr

Saturday, December 25, 2010

Untuk Perbincangan bersama. Petikan daripada suratkhabar The Star, 25 December 2010.

PUtrajaya: Kerajaan masih belum lagi membuat keputusan untuk membenarkan kanak-kanak memulakan sessi persekolahan mereka seawal usia 5 tahun, walaupun cadangan yang telah dibuat itu telah mendapat reaksi positif daripada pembuat dasar, Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri juga berkata bahawa pihak kerajaan juga telah meneliti cadangan yang telah diberikan itu kerana timbulnya pelbagai isu yang berbangkit, termasuk isu infrastruktur dan tenaga mahir(untuk mengajar), yang mana ianya perlu diselesaikan dahulu.
Perkara ini, ujar beliau, sedang dikaji dan diselidik oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan menambah bahawa Malaysia merupakan antara segelintir negara yang mana kanak-kanak mereka telah mula bersekolah seawal umur 6 tahun, dimana banyak negara telah menurunkan had umur bersekolah kanak-kanak prasekolah seawal umur 5 tahun.
"Ada sokongan yang menyokong polisi ini untuk dikuatkuasakan, terutama sekali dengan ramainya kanak-kanak telah pergi ke tadika dengan lebih awal lagi. Ada juga yang menyuarakan kebimbangan andainya kanak-kanak itu akan merasa kebosanan kerana berada di tadika untuk tempoh yang panjang. Makmal pembangunan remaja juga turut mencadangkan agar Kerajaan Malaysia memperkuatkuasakan perkara ini( pendidikan pra-sekolah bermula awal).
"Namun, ini bukanlah perkara yang boleh kita buat keputusan dengan semalaman sahaja. Kita perlu mempersediakan segala kemudahan dan guru-guru kerana akan adanya penambahan bilangan murid-murid dan kita mesti bersiap sedia untuknya", katanya lagi.
"Saya tidak akan membuat sebarang pengumuman buat masa sekarang ini, sehingga kita mempunyai gambaran yang lebih jelas samada ianya boleh diaplikasikan dan bilakah kita akan mampu untuk membuatnya", ucap beliau kepada para wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat ahli kabinet program pembangunan remaja semalam (21/12/2010).

4 comments:

  1. walaupun ia masih belum diwartakan lagi.ibu bapa tetap menghantar anak mereka untuk belajar disekolah seawal 4 tahun contonya ke TAJ.daripada anak-anak terus bermain,mereka boleh mempelajari ilmu pengetahuan setidak-tidaknya menghafal huruf dan angka .-sabri-

    ReplyDelete
  2. Dari pandangan ibu bapa yang bekerja, ianya sememangnya dialukan, kerana dapat mengurangkan masalah penjagaan kanak2 tetapi adakah kanak2 tsbt tlh bersedia kerana kita telah merampas zaman bermain mrk dgn sesi pembelajaran. Jika di lihat dr keperluan tenaga mahir adalah wajar kanak2 bersekolah awal supaya dapat memenuhi keperluan guna tenaga mahir negara.Baik dan buruknya perlu dikaji secara terperinci agar kita mendapat manfaat dan kanak2 tidak tertekan emosinya.Ini kerana kanak2 merupakan aset penting negara.-MASHAILA

    ReplyDelete
  3. Sesuatu dasar semestinya ada pro dan kontra.namun ada baiknya kerana dapat mematangkan kanak-kanak dan sebagai bekalan modal insan negara kita. Jika kita lihat murid 5 tahun di Prasekolah, pencapaiannya tidak jauh berbeza malah setaraf dengan murid yang berumur 6 tahun. Walaupun ada sebilangan kecil yang masih membawa puting dan bantal busuk dan menangis setiap hari,namun akhirnya mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah . Pada saya, ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam persediaan kanak-kanak ini ke alam persekolahan. Kanak-kanak harus dilatih di rumah supaya mereka pandai berdikari dan tidak terlalu manja.-RAHMAH

    ReplyDelete
  4. Pada dasrnya kini, fokus utama pendidikan di Malaysia adalah kemenjadian murid itu sendiri. Oleh itu pendidikan awal amat penting untuk memastikan proses kemenjadian ini bermula dari asas yang baik dan mantap. Pada pandangan saya, pendidikan dan persedian awal kanak-kanak ke alam persekolahan perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti kurikulum pendidikan yang akan mereka terima di sekolah kelak. -ABDUL RAHIM

    ReplyDelete