gambar ahli pgsr

Friday, December 24, 2010

Maklumat Untuk Di Kongsi Bersama(1) by mashaila miskan

7 comments:

  1. Kadar keciciran memang membimbangkan di Malaysia ni tanpa mengira kaum samada Melayu, Cina, India ataupun yang lain.Selalunya pelajar banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Pengawasan yang berterusan dan berkesan diperlukan. Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ini kerana ianya boleh menjejaskan masa depan negara kita.Ibu bapa, guru, ahli keluarga dan juga masyarakat hendaklah bekerjasama dalam mengawasi dan memerhatikan para remaja ini. Motivasi dan panduan hendaklah diberikan dari semasa ke semasa akan kepentingan pelajaran agar ianya dapat membuka mata pelajar tersebut.

    ReplyDelete
  2. TK atas sumbangan Syahrine dan Mashaila . Satu cth bgm petikan drp akhbar boleh digunakan utk merangsang perbincangan & perbincangan seterusnya ..Pelajar yg lainpun perlu ambil bhg .

    ReplyDelete
  3. Masalah keciciran ini, mencabar kewibawaan kita sebagai pendidik dan juga sejauhmanakah keberkesanan kurikulum hari ini. Jika kita lihat hasil kajian Prof Dr Rohaty dr UKM, didapati kebanyakan guru dan pelajar memilih punca keciciran adalah disebabkan oleh ibu bapa. Walaupun begitu kita tidak boleh menuding jari sahaja untuk menyelesaikan masalah ini seperti lagu bangau oh bangau. Apa yang penting ialah tindakan bersama untuk mengatasinya.(Mashaila)

    ReplyDelete
  4. "Keciciran sekolah "ialah pelajar yang tidak bersekolah disebabkan oleh beberapa kekangan seperti masalah kewangan, kemiskinan atau sebagainya yang menyebabkan mereka tidak mahu menyambung persekolahan dengan berhenti atau pun ibu bapa mereka tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
    Tetapi ibu bapa juga tidak boleh dipersalahkan
    sepenuhnya.Masyarakat sekeliling terutama sekali pihak sekolah boleh memainkan peranan penting bagi menarik minat para pelajar ke sekolah.Penyediaan kaunseling kepada pelajar dan motivasi yang berterusan juga boleh mengurangkan keciciran.

    ReplyDelete
  5. Diperingkat sekolah rendah, masalah keciciran pelajar ini sering berlaku di sekolah-sekolah di pendalaman dan juga di sekolah-sekolah SJK(T). Terdapat beberapa faktor berlakunya masalah ini antaranya adalah faktor kesedaran pelajar dan ibu bapa terhadap kepentingan ilmu pengetahuan. Pelajar sering membantu ibu bapa mencari rezeki bagi membantu menyara keluarga. Faktot ini dapat dikaitkan pula dengan faktor kewangan. Di SJK(T) masalah keciciran ini sering berlaku adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga pelajar. Oleh itu, pihak kementerian, jabatan, ppd dan sekolah seharusnya memainkan peranan sebagai pembendung daripada permasalahan ini daripada berlaku. Keciciran Pendidikan Sifar adalah salah satu krateria untuk negara Malaysia diiktiraf sebagai sebuah Negara Maju.

    ReplyDelete
  6. bagus2 betul komen kawan2ku...huhu...komen ada makna...

    ReplyDelete
  7. Dengan memperkasakan aliran pendidikan PTV,dilihat dapat mengurangkan kadar keciciran dalam negara. Ini adalah kerana sebilangan besar pelajar yang tercicir ini minat terhadap bidang kemahiran berbanding bidang akademik. Penambahbaikan sekolah vokasional dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang tercicir untuk mengikuti aliran Teknik dan Vokasional. Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dua buah Matrikulasi Teknikal pada tahun 2009 bagi memberi laluan Institut Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan. Usaha ini dilakukan oleh kerajaansupaya Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memenuhi kehendak Negara. Hal ini menunjukkan PTV berperanan dalam memberi ruang kepada semua pelajar untuk mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan.
    Selain itu juga, ibu bapa perlulah menggalakkan anak mereka yang tercicir dalam pelajaran menceburi bidang kamahiran. Ibu bapa tidak sepatutnya memaksa pelajar untuk memilih bidang yang tidak diminati seperti aliran sains hayat kerana beranggapan aliran ini dapat menjamin masa hadapan yang cerah.Pendidikan Teknik dan Vokasional juga dapat menjamin masa hadapan pelajar jika pelajar tersebut diberi peluang dan ruang untuk mengasah bakat dan kemahiran.

    ReplyDelete