gambar ahli pgsr

Wednesday, January 6, 2010

contoh assignment en mohd khalid bin hassan

Bincangkan 4 prinsip tamadun islam secara analisis dan bandingkan prinsip-prinsip tamadun dengan perspektif barat.


Tamadun mempunyai pelbagai makna. Perkataan tamadun di petik daripada bahasa Arab yang membawa maksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Pada pandangan cendikiawan barat pula tamadun mempunyai pelbagai jenis maksud. Menurut M.A.J. Berg, tamadun memrupakan pencapaian manusia samada dari segi pembinaan kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. Edward L.Farmer pula berpendapat bahawa tamadun ialah satu unit budaya dimana didalamnya merangkumi norma-norma social, tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Manakala Arnold J. Toynbee berpendapat bahawa ketamadunan adalah satu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.

Secara umumnya, ketamadunan manusia mempunyai satu konsep yang luas dan kompleks. Tamadun biasanya merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat/Negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Sesuatu tamadun yang berjaya mengandungi cirri-ciri seperti kemajuan teknologi, sistem pemerintahan yang teratur, urbanisasi yang terancang, organisasi sosial yang teratur , sistem kepercayaan (agama) sebagai pegangan, budaya dan kesenian dan sistem tulisan serta bahasa yang tersendiri.

Didalam Islam terdapat 4 istilah ketamadunan sesuatu bangsa iaitu hadarah, madaniyyah, umran dan tamaddun. Hadarah mempunyai dua maksud iaitu pengertian objektif ataupun satu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain dalam sesebuah masyarakat, manakala pengertian subjektif ialah satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawan dengan kehidupan yang liar atau ganas, atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hamper mencapai ideal atau kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai.

Pada asasnya ada beberapa prinsip yang menjadi asas kepada kelahiran tamadun manusia iaitu sosioekonomi, interaksi manusia dan alam, daya kreativiti manusia, persaingan manusia dan peminjaman kepakaran. Menurut Ibnu Khaldun ada tiga model tahap perkembangan kerajaan atau organisasi sosial iaitu tahap awal atau kelahiran yang dicirikan oleh perasaan kekitaan atau abasiyah bagi memenuhi keperluan asas, dan kemudiannya diperkukuhkan oleh peranan agama. Kedua ialah tahap kehidupan menetap atau bertamadun yang dicirikan oleh kelahiran sistem pemerintahan yang membawa kepada pertumbuhan Bandar dan member kesan kepada statifikasi sosial. Ketiga ialah tahap lemah atau kejatuhan yang dicirikan oleh konflik politik dan krisis ekonomi sehingga membawa kesan kepada stratifikasi sosial dengan peningkatan kemewahan dan kelunturan semangat kekitaan.

Arnold Toynbee juga membuat penambahan apabila secara khusus memperincikan lagi tahap kedua dengan membahagikan kepada 3 sub-fasa iaitu keretakan, perpecahan dan kejatuhan.

Didalam sesuatu tamadun, ianya hendaklah mempunyai kandungan yang membentuknya iaitu mempunyai kehidupan di Bandar, mempunyai pemerintahan dan kerajaan, mempunyai bahasa dan tulisan, mempunyai sistem perundangan, mempunyai agama dan sistem kepercayaan dan mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan.

Agama mempunyai pengaruhnya yang penting dalam perkembangan sesuatu tamadun. Pengertian yang dilazimi ialah agama adalah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Tamadun Islam menyuruh rakyatnya supaya beribadat dan beriman kepada Allah. Namun begitu, Islam tidak melarang rakyat yang bernaung dibawah kuasa kerajaan Islam untuk mengamalkan agama kepercayaan masing-masing. Manakala ketamadunan barat tidak menitik beratkan aspek-aspek keagamaan dan kerohanian kepada rakyatnya. Rakyat barat bebas untuk mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza malahan ada juga rakyatnya yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan di dunia ini.

Ketenteraan adalah penting dalam membentuk sesuatu tamadun. Islam menggalakkan sesuatu Negara itu agar memperkukuhkan kekuatan ketenteraan mereka agar dapat melindungi kedaulatan negara mereka dari dijajahi dan juga kemuliaan Islam. Islam tidak membenarkan peperangan kecuali jika diserang oleh musuh. Islam jug melarang askar-askar daripada membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua. Tentera Islam juga tidak boleh merosakkan tanaman-tanaman di negara yang diperangi. Berbeza dengan ketamadunan barat, mereka menggalakkan peperangan untuk meperluaskan kuasa dan juga memperkembangkan agama Kristian. Tentera Barat bebas untuk melakukan apa sahaja, malahan mereka memperkosa dan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua dengan sewenang-wenangnya. Sebagai bukti, tentera Israel, hingga kini bebas melakukan kekejaman keatas rakyat Palestin secara terang-terangan.

Islam juga menyuruh agar berbuat baik kepada tawanan perang yang berjaya ditawan ketika peperangan. Layanan yang baik hendaklah diberikan kepada tahanan peperangan dan mereka tidak boleh diseksa. Berbeza dengan ketamadunan Barat dimana mereka akan menyeksa tahanan perang mereka dengan seksaan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ternyata ketamadunan Islam mengamalkan sifat belas kasihan kepada semua tidak kira samada rakyatnya ataupun tawanannya.

Sesuatu tamadun tidak boleh berkembang dengan sendirinya tanpa interaksi dengan tamadun yang lain. Interaksi ini membolehkan maklumat dan idea daripada tamadun lain digarap dan diserapkan bagi kepentingan sesuatu tamadun itu. Antara faktor yang mendorong kepada interaksi antara tamadun ialah Kepimpinan- contohnya sifat kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. keatas semua umat islam dan bukan islam diseluruh dunia. Kedua ialah keagamaan – dimana penyebaran agama telah menyumbang kepada berlakunya interaksi antara tamadun dan akhirnya ilmu iaitu prose ini member kesan kepada pembangunan dan perkembangan sesuatu tamadun.

Didalam tamadun islam, terdapat dua sumber khusus yang menjadi pedoman dan panduan iaitu al-Quran dan al-Hadis manakala sumber amnya pula ialah Ijmak, Qiyas, Istislah dan Istihsan. Akidah yang dimanifestasikan daripada unsure-unsur ketauhidan kepada Allah SWT kerana nilai tauhid tersebut merupakan asas utama dalam pembinaan tamadun dan ia member impak yang menyeluruh kepada kehidupan insaniah. Penghayatan ilmu adalah penting dalam tamadun islam serta ianya boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu ilmu naqli ( keagamaan) dan ilmu aqli (keduniaan).

Al-Quran merupakan sumber utama kepada ketamadunan Islam manakala bagi Barat, mereka merujuk kepada kitab Bible (Injil). Al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat Jibril, ditulis dalam mashaf, di riwayatkan secara mutawatir dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

Dalam bidang politik sesuatu tamadun, Islam menuntut agar umatnya menggerakkan usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, yakni amar makruf nahi mungkar. Arahan dan perintah ini lebih berkesan apabila mempunyai kekuasaan dan kekuatan, dimana kedua-duanya adalah elemen-elemen dalam pemerintahan sesebuah negara. Realiti ini telah menolak anggapan barat bahawa didalam Islam tidak ada politik, ataupun perlunya ada pemisahan antaea agama dan negara, yakni al-falsu baina addin wa ad-dawiah. Menurut islam, politik juga adalah satu keperluan kerana ia berkaitan urusan manusia.

Manakala bagi masyarakat Barat pula, politik adalah satu peluang untuk memperolehi kekuasaan dan pengaruh untuk memerintah rakyt jelata. Politik juga sebagai jalan di Barat untuk mengaut keuntungan dan kekayaan dengan mempergunakan kuasa yang diberikan. Walaupun bersifat kejam, mereka tetap dipuja dan diangkat sebagai pemimpin seperti Adolf Hitler yang memimpin rakyat Jerman dahulu dan menyebabkan berlakunya perang dunia ke 2. Malahan kebanyakkan pemimpin Barat mempunyai matlamat untuk kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk kepentingan rakyat jelata jika mereka berjaya dalam politik.

Sistem politik Islam diasaskan daripada 3 prinsip utama iaitu tauhid, risalah dan khalifah. Tauhid iaitu mempercayai dan membuat pengakuan bahawa hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati secara lahiriah dan batiniah. Ia merupakan paksi kehidupan seseorang Islam yang bertitik tolak daripada dua kalimah syahadah. Ianya dijelmakan melalui pelaksanaan hokum-hakam, peraturan, undang-undang dan sebagainya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Risalah pula mengakui kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan membangunkan sesebuah negara. Khilafah pula ialah manusia sebagai wakil yang menguruskan dan mentadbirkan alam ini.

Masyarakat Barat tidak tertakluk kepada prinsip-prinsip ini yang membolehkan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa rasa takut dan juga menggubal undang-undang yang boleh membawa kepentingan kepada diri mereka. Mereka bebas merosakkan alam sekitar kerana pada mereka keuntungan adalah yang paling utama daripada segalanya. Mereka tidak menganggap diri mereka sebagai khalifah di bumi ini tapi sebagai tuan punya bumi ini dan bebas melakukan semahunya mereka.

Islam menyediakan prinsip, etika, cirri dan sebagainya berkaitan dengan muslahat harta manusia. Ilmu muamalat membincangkan mengenai sumber-sumber ekonomi, pengeluaran, pengagihan, penggunaan, konsep pemilikan, pengurusan harta seperti jual beli, pinjaman, gadaian, perkongsian, pelaburan dan lain-lain. Dengan adanya sistem muamalat seperti ini yang menitik beratkan kepada perlakuan adil dalam timbangan dan pulangan wang, ianya menjamin agar pembeli tidak ditipu oleh penjual dan penjual juga mendapat keuntungan. Manakala di Barat, mereka tidak mengamalkan sistem muamalat begini dan mereka bebas untuk melakukan penipuan timbangan, mengenakan riba yang tinggi keatas pinjaman yang dibuat dan sebagainya. Hak pengguna tidak diperjuangkan malahan mereka di tindas keara bunga yang tinggi yang dikenakan ketika membuat pinjaman. Mereka juga mengenakan syarat yang pelbagai. Mereka tidak merasa takut untuk menipu dan membuat kesalahan kerana tiadanya tauhid atau kesedaran akan takut kepada Allah SWT didalam diri mereka.

Islam meminta umatnya untuk mengadakan lafaz ataupun akad jual beli agar sesuatu urusan jual dan beli itu berlaku secara halal dan adil. Manakala Barat tidak menyuruh agar penduduknya mengadakan akad jual dan beli dalam urusan perniagaan mereka. Mereka cuma akan membayar sahaja harga barangan yang telah dijual itu lantas berlalu pergi yang boleh menyebabkan hilangnya kemesraan sosial antara penjual dan pembeli barangan. Ekonomi Islam mendatangkan keuntungan di dunia dan mendapat pahala di akhirat manakala ekonomi barat mempunyai tumpuan utama untuk pengeluaran yang optimum.

Islam menyuruh umatnya supaya memastikan makanan dan minuman serta harta yang di perolehi agar sentiasa halal. Penyembelihan adalah salah satu cara untuk memastikan binatang yang hendak dimakan adalah halal. Ianya juga untuk mengelakkan berlakunya kekejaman terhadap binatang dengan mempercepatkan kematian binatang itu melalui proses penyembelihan. Pihak Barat menentang penyembelihan kerana pada mereka ianya adalah kejam. Mereka berjuang mengatakan suntikan maut adalah lebih elok daripada penyembelihan kerana tidak menyeksa binatang sedangkan perkara yang sebaliknya yang berlaku.

Harta yang halal dalam islam pula boleh diperolehi dengan pembahagian harta tersebut dengan masyarakat yang lain melalui kutipan zakat. Menurut Islam, didalam setiap harta yang diperolehi oleh seseorang, ada sebahagian daripadanya adalah milik orang lain yang mesti dibahagikan sebagai satu zakat. Ini membolehkan setiap orang merasa akan kesenangan yang diperolehi oleh orang lain yang boleh mengelakkan perasaan cemburu serta iri hati. Di Barat, mereka tidak mempunyai sistem begini dan rakyatnya menganggap bahawa harta yang mereka perolehi tidak perlu dikongsikan dengan orang lain dan harta itu adalah milik mereka semata-mata. Mereka juga tidak segan silu memakan hasil dari usaha orang lain dengan kekerasan dan ugutan. Ini menyebabkan berlakunya sifat dengki dan sakit hati sesama rakyat tanpa ada sesiapa yang ingin membantu pihak yang tidak bernasib baik.

Islam amat menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu. Ilmu yang wajib dituntut di dalam Islam adalah ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat. Budaya ilmu Islam menyuruh usaha menimba ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dituntut itu dalam kehidupan seharian mereka.

Al-Khindi membuat pembahagian kepada dua iaitu ilmu berkaitan teori, tabi’ie, metamatik dan metafizi dan ilmu yang bersangkutan dengan praktikal, akhlak, sains rumahtangga dan perancangan bandar. Sumber ilmu Islam ada dua sumber utama iaitu sumber Naqli atau kitab suci Al-Quran dan hadith baginda Rasulullah SAW dan sumber Aqli iaitu pengalaman hidup manusia itu sendiri, penyelidikan, pengamatan hidup dan pengkajian.

Barat juga menitikberatkan kepada kepentingan ilmu namun mereka tidak mewajibkan rakyatnya untuk menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut pula lebih bertumpu kepada ilmu duniawi sahaja tanpa adanya keperluan untuk menuntut ilmu akhirat. Ilmu yang dituntut pula tidak semestinya dipraktikkan didalam kehidupan seharian mereka. Mereka bebas untuk mempergunakan ilmu itu didalam kehidupan mereka ataupun hanya sekadar untuk mengetahuinya. Mereka di Barat pula tidak perlu untuk mengongsi ilmu yang mereka perolehi dengan orang lain. Malahan mereka menganggap bahawa jika mereka berkongsi dengan orang lain, akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak begitu penting lagi.

Prinsip-prinsip Islam amat berbeza dengan Barat kerana prinsip Islam banyak menjurus kepada kesejahteraan umatnya agar mereka dapat mentadbir dan mendiami alam sekitar ini dengan lebih selesa dan aman. Islam menitik-beratkan keadilan, kesaksamaan, keharmonian, kerjasama antara satu sama lain, nilai-nilai murni dan sebagainya. Berbeza jika dibandingkan dengan sifat ketamadunan Barat.











DISEDIAKAN OLEH:-

NAMA: SYAHRINE BIN MD ASIP

NO. K/P: 761118-01-7323

KURSUS: PGSR REKABENTUK DAN TEKNOLOGI.

M/PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN ASIA (WAJ 3101)

NAMA PENSYARAH:- ENCIK MOHD KHALID BIN HASSAN.



Rujukan:-

1. http://www.sabah.edu.my/cwm010/hanafi.htm

2. http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm

3. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2073.0



4. http://www.google.com.my/search?hl=en&rlz=1R2RNTN_enMY350&q=PENGERTIAN+TAMADUN&meta=&aq=o&oq=



5. http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf



6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun



7. http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Farabi

No comments:

Post a Comment